Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar
Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak kita berjaya dan cemerlang. Ketahui bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengembangkan kemahiran belajar dalam artikel ini.
Perkembangan kanak-kanak melibatkan proses belajar dan mengasah kemahiran seperti duduk, bercakap, melompat dan mengikat tali kasut. Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak kita berjaya dan cemerlang.
Kemahiran belajar tidak semestinya diperoleh secara semula jadi. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka mengembangkan asas kemahiran belajar.
- Interaksi. Dengan bercakap, menyanyi, bermain, makan dan membaca dengan anak anda, dia akan berasa dirinya istimewa dan penting di mata anda. Anda juga dapat mengenali dan mendalami minat dan kemahirannya.
- Bacalah selalu kepada anak ada. Kajian telah membuktikan bahawa ibu bapa yang selalu membacakan buku kepada anak mereka mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak daripada kanak-kanak lain.1 Aktiviti membaca juga menyediakan perspektif baharu kepada anak-anak tentang kehidupan yang kita jalani di dunia ini.
- Tentukan gaya belajar anak-anak anda. Gaya belajar anak-anak sangat unik dan tersendiri. Anak yang belajar gaya kinestetik belajar melalui pengalamannya sendiri. Anak gaya auditori lebih gemar mendengar maklumat secara lisan dan menyerap maklumat tersebut dengan mengulanginya dengan kuat. Manakala, anak yang belajar gaya visual memproses maklumat dengan membayangkan perkara dalam minda mereka dan membentuk imej mental. Galakkan gaya belajar semula jadi mereka tetapi pada masa yang sama bantulah mereka mengembangkan gaya lain sebanyak yang boleh.
- Pantau dan bimbinglah mereka. Galakkan anak anda berdikari dengan melakukan kerja mereka sendiri. Jangan mengalah dengan permintaan mereka agar melakukan kerja rumah untuk mereka. Walau bagaimanapun, jawablah pertanyaan mereka dan berikan juga saranan.
- Jadikan komunikasi tersebut berkaitan. Ajaklah anak anda bercerita tentang sekolah setiap hari. Perhatikan perkara baik yang dilakukan anak anda dan berikan sokongan positif.
- Mengikut haluan. Berikan peluang anak anda untuk melakukan perkara dan belajar daripada kesilapannya. Oleh itu, anak anda akan dapat mengembangkan kemahiran dan memupuk keyakinan, malah mereka juga akan menghargai proses pembelajaran.
Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.
Rujukan:
- Frank Niklas, Caroline Cohrssen, Collette Tayler, The Sooner, the Better: Early Reading to Children, 2019. https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/2158244016672715
Kandungan yang disyorkan

How Hobbies Benefit Children and Their Learning Experience.
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/mengapa-hobi-penting-untuk-kanak-kanak

Good Nutrition, Better Learning: Tips To Help Children Eat Well.
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/cara-untuk-pastikan-anak-makan-dengan-baik

Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/kanak-kanak/bila-si-kecil-mula-bertanya

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/kanak-kanak/mengapa-waktu-tidur

Persaingan adik-beradik
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/kanak-kanak/persaingan-adik-beradik

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/kanak-kanak/bersedia-untuk-ke-taman-asuhan

Menetapkan nilai yang wajar
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/kanak-kanak/menetapkan-nilai-yang-wajar