Feeding & Nutrition

Pemakanan yang Baik Menyokong Pembelajaran yang Lebih Baik: Tip Membantu Kanak-kanak Makan Dengan Baik.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa ialah pilihan pemakanan untuk Si Manja mereka. Kita semua prihatin akan kepentingan untuk mengambil diet yang sihat, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka.

Listen to the Article
10 min dibaca

Apa yang kanak-kanak makan pada peringkat awal usia mereka boleh memberi kesan terhadap kesihatan pada tahun-tahun berikutnya. Pemberian pemakanan yang sihat pada peringkat awal bukan sahaja baik untuk pertumbuhannya, tetapi juga memberi manfaat kepada perkembangan otak mereka. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang baik sangat mempengaruhi tumpuan dan pembelajaran, terutamanya pada kanak-kanak.
 

Bagaimana Pemakanan yang Baik Mempengaruhi Pembelajaran Kanak-kanak 
 

activity-with-child


Kanak-kanak perlu sihat untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Tubuh yang sihat memberikan mereka tenaga untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan minda yang cerdas membantu mereka menumpukan perhatian semasa belajar. Berikut adalah kepentingan pemakanan yang baik dalam pembelajaran kanak-kanak:
 

  • Menyokong perkembangan awal otak kanak-kanak
  • Mempengaruhi tingkah laku, mood dan tumpuan kanak-kanak
  • Pemakanan yang baik menjadikan kanak-kanak lebih sihat. Kajian menunjukkan bahawa sarapan pagi yang sihat dikaitkan dengan fungsi kognitif yang lebih baik (terutamanya ingatan), kurang ketidakhadiran dan mod yang lebih baik.1-3
  • Terdapat nutrien tertentu yang sangat baik untuk fungsi dan perkembangan otak, seperti zat besi, zink, magnesium and iodin; vitamin D; vitamin B and asid lemak omega-3.4
  • Kesihatan usus yang baik dikenal pasti mempunyai kesan positif terhadap kiwa dan perhatian. Menurut kajian, kanak-kanak mendapat markah yang lebih baik dalam ujian yang melibatkan ingatan dan perhatian, dua jam selepas mengambil bijirin sarapan pagi yang tinggi serat, berbanding mereka yang mengambil sarapan yang tinggi gula dan rendah serat. Serat pemakanan boleh didapati daripada makanan berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan kekacang.4


Sekarang, jom kita bercakap tentang perkara yang menarik: Memastikan anak-anak makan secara sihat! Samada anak anda seorang yang ‘senang’ atau cerewet makan, memastikan mereka makan secara sihat setiap hari adalah sesuatu yang mencabar. Tetapi jangan risau, kerana ada beberapa tip yang kami rasa dapat membantu anda!

 

10 Tip untuk Menggalakkan Anak Anda Makan dengan Baik dan Amalkan Tabiat Pemakanan yang Baik
 

  1. Makan bersama secara kerap
    Makan bersama selalunya menyeronokkan. Biasanya, anak-anak kecil akan teruja dengan masakan ibu, jadi berikan kejutan dengan menghidangkan makanan kegemaran mereka dari masa ke semasa. Makan bersama keluarga juga merupakan masa yang sesuai untuk ibu bapa memperkenalkan makanan baharu dan menunjukkan contoh pemakanan yang sihat.
     
  2. Hidangkan diet yang pelbagai
    Tubuh kita memerlukan nutrien yang berbeza (bukan hanya satu nutrien) untuk menyokong fungsi otak kita. Tak pasti bagaimana untuk memulakannya? Ikuti sahaja Piramid Makanan Malaysia 2020 berdasarkan usia anak anda:food-pyramid

     

  3. Elakkan daripada menjadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran
    Menghukum kanak-kanak dengan tidak memberi mereka makanan mungkin menyebabkan mereka bimbang tidak akan mendapat makanan yang mencukupi, jadi mereka mungkin cuba makan setiap kali terdapatnya peluang. Juga, memberikan ganjaran dalam bentuk makanan "istimewa" seperti kerepek atau gula-gula mungkin akan membuat mereka berfikir bahawa "ganjaran” ini adalah makanan yang lebih baik berbanding dengan makanan biasa yang lain.
     
  4. Libatkan anak-anak anda dalam merancang sajian
    Bawa bersama anak anda semasa membeli barangan runcit dan tunjukkan kepada mereka pelbagai jenis makanan yang ada. Tanyakan pada mereka apa yang ingin dimasak untuk minggu ini.
    Pilih bahan-bahan masakan bersama dan ambil peluang ini untuk mendidik mereka tentang pemakanan. Ini akan membuatkan mereka rasa diperlukan, serta menghargai makanan yang mereka makan.

    groceries-with-child
     
  5. Latih anak anda minum lebih banyak air
    Sentiasa berikan air kosong sebelum minuman lain. Pengambilan minuman manis yang berlebihan akan meningkatkan risiko diabetes pada kanak-kanak.
     
  6. Makan di meja makan SAHAJA
    Amalkan untuk makan hanya di meja makan, tanpa sebarang gangguan seperti gajet. Membiarkan kanak-kanak makan di depan TV atau semasa menonton video melaui tablet/telefon bukan sahaja berbahaya kerana ia meningkatkan risiko tercekik (tidak fokus kepada makanan) tetapi juga boleh menyukarkan kanak-kanak untuk menyedari rasa kenyang, seterusnya membawa kepada makan berlebihan.
     
  7. Tunjukkan contoh teladan yang baik
    Anak anda akan mengikut tingkah laku anda. Jadi jika anda mahu mereka makan dengan baik dan sihat, anda perlu menunjukkan kepada mereka bagaimana ia seharusnya dilakukan. Elakkan bercakap tentang masalah berat badan anda di hadapan anak-anak kerana ia mungkin mempunyai pengaruh negatif pada perspektif mereka tentang imej tubuh yang ideal.
     
  8. Hidangkan bahagian yang sesuai
    Jika anda tidak pasti, rujuk Garis Panduan Diet Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Didiklah anak anda untuk memahami rasa kenyang dan biarkan mereka untuk berhenti makan bila mereka rasa kenyang. Jangan buat mereka berasa "dihukum" dengan memaksa untuk menghabiskan makanan.

    bento-meal
     
  9. Simpan stok makanan yang sihat
    Penuhkan peti sejuk anda anda dengan pelbagai jenis "makanan sebenar" seperti buah-buahan, sayur-sayuran, yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, roti bijirin penuh dan bijirin dan lain-lain lagi. Tip: Sediakan bekas snek dan isi dengan buah-buahan dan pelbagai makanan ringan yang sihat. Masukkan coklat dan gula-gula sekali-sekala untuk menceriakan anak anda.
     
  10. Masak bersama anak anda
    Buat smoothies buah, roti, penkek oat yang dihidangkan dengan buah-buahan segar, kerepek sayur dan banyak lagi resipi sihat menarik yang boleh disediakan bersama. Tunjukkan kepada anak anda bahawa makanan yang sihat tidak membosankan.

    cooking-with-child


Perlu diingat bahawa anda perlu konsisten dalam melaksanakan tip ini. Buat percubaan dan jangan bimbang jika berlaku kesilapan kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza. Ia memerlukan sedikit usaha dan banyak kesabaran, tetapi bila tiba waktunya, anda akan mula melihat manfaat pemakanan yang baik dalam tingkah laku dan prestasi pembelajaran anak anda.

 

Sokong Prestasi Pembelajaran Kanak-kanak dengan Nutrien yang Sesuai untuk Perkembangan Otak
 

Anda telah memahami apa yang perlu dilakukan untuk menggalakkan anak anda makan dengan lebih baik. Sekarang bagaimana pula dengan tip tambahan tentang cara menambah diet harian anak-anak anda untuk mengoptimumkan perkembangan otak mereka pada peringkat awal usia kanak-kanak?


Berikan mereka nutrien penting seperti sfingomielin, DHA, 2'-FL dan Oligofruktosa.


Kajian menunjukkan bahawa nutrien penting seperti DHA dan sfingomielin, adalah daya penggerak di sebalik sambungan otak.

  • Sfingomielin adalah tunjang kepada proses mielinisasi dan menyokong sambungan otak yang efisien.5-7

    develop-children-brain

     

  • Mielinisasi adalah salah satu proses utama yang membimbing perkembangan otak pada peringkat awal kanak-kanak dan seterusnya. Mielinisasi berlaku apabila bahan yang terhasil daripada lipid lemak dan protein yang dipanggil mielin, menyaluti gentian saraf (di sinilah mesej dihantar antara neuron) di dalam otak. Salutan ini dipanggil sarung mielin, dan sfingomielin ialah fosfolipid yang merupakan komponen penting dalam sarung mielin.8


    neuron brain

 

Proses mielinisasi.

Sokong kanak-kanak untuk belajar lebih cepat dan meneroka dunia baharu yang menakjubkan dengan memberikan mereka pemakanan terbaik dari peringkat awal usia mereka.
 

Think-Quick-Learn-Fast

S-26 GOLD PROGRESS kini dirumus dengan bahan-bahan inovatif untuk menghasilkan susu tepung rumusan termaju kami untuk kanak-kanak.

nutrilearn-system

NUTRILEARN SYSTEM™ adalah gabungan saintifik nutrien yang direka untuk memastikan kecemerlangan kanak-kanak, memberikan mereka nutrien yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran & perkembangan pertumbuhan secara keseluruhan.
 

S-26 Gold PROGRESS dirumus khusus dengan sfingomielin, DHA, 2'-FL dan oligofruktosa. Sokong tumbesaran anak anda dengan pemakanan yang sesuai dan rehat yang mencukupi untuk membantunya Cepat Berfikir dan Pantas Belajar.
 

Cubalah S-26 GoldProgressⓇ (untuk usia 1-3 tahun) hari ini!
 

 

s26-gold-progress

Dapatkan SAMPEL PERCUMA  anda sekarang!
 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

Rujukan

  1. Taras HL. Nutrition and student performance at school. Journal of School Health. 2005;75:199–213.
  2. Rampersaud GC, Pereira MA, Girard BL, et al. Breakfast habits, nutritional status, body weight, and academic performance in children and adolescents. Journal of the American Dietetic Association. 2005;105:743–760.
  3. Hoyland A, Dye L, Lawton CL. A systematic review of the effect of breakfast on the cognitive performance of children and adolescents. Nutrition Research Reviews. 2009;22:220–243.
  4. https://www.bda.uk.com/resource/diet-behaviour-and-learning-children.html
  5. Henríquez-Henríquez MP, Solari S, Quiroga T, Kim BI, Deckelbaum RJ, Worgall TS. Front Neurosci. 2015;9:300.
  6. Tanaka K, Hosozawa M, Kudo N, et al. Brain Dev. 2013;35(1):45-52.
  7. Deoni S, Dean D 3rd, Joelson S, O’Regan J, Schneider N. Neuroimage. 2018;178:649- 59.
  8. Salzer JL, Zalc B.Curr Biol. 2016;26:R971-R975.

 

Sumber lain:

  1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/brain-food-for-kids
  2. https://kidshealth.org/en/parents/habits.html?ref=search
  3. https://www.webmd.com/children/kids-healthy-eating-habits
  4. https://www.publichealth.hscni.net/sites/default/files/Nutrition%20Matters%20 for%20the%20early%20years%200118.pdf
  5. https://www.cdc.gov/healthyschools/nutrition/facts.htm
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4981537/