Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung

Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung

Selain daripada "Bagaimana" dan "Bila", persoalan yang selalu menjadikan para ibu bapa tidak bersedia adalah "'Baby' datang dari mana". Ketahui beberapa cara untuk menerangkannya dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: The Baby Talk: The Birds and the Bees, baby talk malaysia

3 min read

Ceritakan tentang seks dengan cara yang sesuai mengikut usia anak anda. Sampaikan maklumat yang sesuai dan mudah difahami mereka

Kita hidup di dunia yang semakin kompleks dan rumit serta mencabar kita setiap hari dengan pelbagai isu yang membimbangkan yang sukar difahami anak-anak dan ternyata sukar untuk kita yang dewasa untuk menerangkannya. Selain daripada "Bagaimana" hingga "Bila", persoalan yang selalu menjadikan para ibu bapa tidak bersedia adalah "'Baby' datang dari mana".

Berikut adalah beberapa idea yang membantu anda untuk bercerita dengan anak tentang hubungan kelamin:

  • Berikan Maklumat Tepat dan Bersesuaian dengan Usia - ceritakan tentang seks dengan cara yang sesuai mengikut usia anak anda. Sampaikan maklumat yang sesuai dan mudah difahami mereka.
  • Mula dari Awal - mendidik anak tentang seks memerlukan pendekatan dengan maklumat yang halus dan berterusan seawal yang mungkin, contohnya apabila mendidik anak kecil anda tentang tubuh badan.
  • Ambil Inisiatif - cari peluang untuk membangkitkan perkara itu. Contohnya, ibu kepada kawan baik anak anda hamil. Anda boleh berkata, "Adik nampak tak perut 'mummy' Nina makin besar? Sebabnya ialah dia ada 'baby' dalam perut dia dan 'baby' tu membesar dalam perut dia. Adik tahu tak macam mana 'baby' yang kecil ada dalam perut dia?", kemudian biarkan perbualan itu berlarutan.
  • Ceritakan Lebih Daripada "Burung dan Bunga" - bincangkan tentang aspek emosi berkenaan hubungan kelamin dengan anak anda agar mereka dimaklumkan secukupnya.
  • Sedari Tahap Keselesaan Anda - mengetahui tahap keselesaan anda adalah penting. Ambil masa untuk membayangkan perbualan pada usia dan tahap kehidupan anak anda yang berlainan.
  • Ceritakan Nilai/Prinsip Anda - beritahu anak anda tentang prinsip anda berkenaan hubungan kelamin. Walaupun mereka mungkin tidak menggunakan nilai-nilai ini apabila mereka matang, sekurang-kurangnya mereka akan sedar mengenainya.
  • Gunakan Situasi Harian - program televisyen biasanya membuka peluang untuk bercerita tentang perhubungan.

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

Rujukan:

  1. https://www.positiveparentingsolutions.com/parenting/tips-for-talking-to-your-kids-about-the-birds-the-bees
  2. https://www.linkedin.com/pulse/how-talk-your-child-were-born-blossom-menezes-cua-cspo-/?trk=read_related_article-card_title

Kandungan yang disyorkan

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?

Mencari jalan untuk mengakhiri perang waktu tidur? Baca artikel ini dan ketahui beberapa petua yang mungkin boleh membuatkan si kecil anda tidur tanpa banyak kerenah.

Persaingan adik-beradik

Persaingan adik-beradik

Konflik adik-beradik tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang normal. Sudah pasti ibu bapa mengimpikan hubungan baik antara mereka. Pelajari bagaimana untuk menanganinya dalam artikel ini.

Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar

Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar

Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak kita berjaya dan cemerlang. Ketahui bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengembangkan kemahiran belajar dalam artikel ini.

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Ketahui bagaimana untuk atasinya di dalam artikel ini.