145391201_xl

Didik Si Manja anda dengan perkara ini apabila berada di rumah. Dia Seronok, Membesar Pun Jadi Bijak!

Jika sentiasa berada dalam rumah pada setiap masa dan tidak dibenarkan keluar, ia boleh menyebabkan anak-anak anda untuk merasa tertekan. Mereka juga boleh menjadi bosan dan resah kerana aktiviti serta pergerakan yang terbatas. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.

 

Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan, para ibu dan ayah perlu menjadi lebih kreatif untuk mencipta aktiviti yang menarik. Penuhi masa mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk mengelakkan anak dari merasa bosan.

 

Selain mengajar anak-anak tentang akademik, mereka juga perlu didedahkan dengan ilmu kemahiran kendiri. Dengan cara ini, anak-anak dapat belajar untuk menjadi lebih berdikari dan berdisiplin.

Listen to the Article
4 min dibaca

Bila Nak Mula Didik Anak Anda?

Sebenarnya, dari usia muda lagi anak anda sudah bersedia untuk mempelajari semua kemahiran ini, tetapi sebagai ibubapa, kita perlu bijak dalam merencanakan aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka.

Oleh itu, kemahiran hidup ini perlu bermula dari awal. Didik mereka dengan perkara yang asas dahulu seperti mengemas katil, membantu ibu untuk membasuh pakaian kotor, mengangkat pinggan kotor dan letakkan ke dalam sinki, serta banyak lagi kegiatan harian.

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dengan anak-anak bagi memupuk kemahiran kendiri mereka. Sebagai contoh, aktiviti seperti mengemas rumah. Ibubapa boleh meminta anak untuk menyusun barang-barang yang bersepah atau menyapu sampah. Berikan anak anda kain yang basah untuk mengelap meja atau permukaan lain. Selain daripada itu, anda juga boleh menjadi kreatif dengan permainan seperti meminta anak anda untuk mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Pastikan kesemua anak anda terlibat dalam aktiviti supaya mereka akan lebih bersemangat untuk melakukannya. Seronok kan? Dengan cara ini anak akan merasa teruja dan tidak merasa terpaksa untuk membuat kerja rumah.

Bukan itu sahaja, ketika memasak di dapur, anda boleh berikan tugasan ringkas kepada anak-anak. Sebagai contoh, mereka boleh bantu untuk membersihkan sayur atau membancuh adunan kek. Ini boleh membuatkan anak merasa lebih teruja kerana diberikan tanggung jawab serta kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Selain melatih kemahiran kendiri mereka, aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan diri anak anda. Bagusnya!

 

123140773_xl

 

‘Rahsia’ menambah keseronokan anak anda.

 

42777313_xl

 

Adakah anda inginkan anak-anak untuk menjadi lebih teruja? Pastikan mereka mendapat nutrisi dan khasiat yang secukupnya melalui pemakanan yang seimbang. S-26® PROGRESS® dan S-26® PROMISE® dengan Nutrissentials® adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas, yang mengandungi kombinasi nutrien penting seperti Lutein, AA dan DHA untuk membantu perkembangan menyeluruh anak anda. Apabila anak anda seronok belajar, mereka bijak membesar!

Produk susu tepung rumusan ini telah diformulasikan dengan:

  • AA, DHA & Kolina yang membantu menyokong pembelajaran
  • Lutein untuk menapis cahaya biru dan memelihara mata
  • Oligofruktosa, serabut diet terlarut yang membantu menyokong penghadaman
  • Nutrien penting termasuk Kalsium, Vitamin D, Zat besi dan Zink
  • Tanpa sukrosa

 

WIN-S-26-Progress-Banner

Kepada ibubapa yang mahu mencuba kebaikan S-26® PROGRESS® untuk Si Manja anda, klik SINI untuk mendapatkan sampel percuma.

Kandungan yang disyorkan