built-lego

Bagaimana Hobi Memberi Manfaat Kepada Kanak-kanak dan Pengalaman Pembelajaran Mereka.

Adakah anda telah memasukkan anak-anak anda untuk aktiviti selepas sekolah seperti belajar berrenang, kelas balet, kelas muzik, kelas taekwondo atau catur? Adakah anak-anak anda seronok meluangkan masa masa lapang mereka melakukan seni dan kraf, bermain blok bangunan, membaca dan lain-lain?

Listen to the Article
10 min dibaca

Hobi atau aktiviti luar kurikulum membuat kanak-kanak sibuk, tetapi ia bukan hanya untuk keseronokan atau mengisi masa lapang. Hobi bermanfaat untuk banyak sebab, terutamanya bagi kanak-kanak yang semakin membesar..

 

10 Faedah Hobi Untuk Kanak-kanak, yang menurut pakar:

  • Mengurangkan tekanan
    Hobi adalah aktiviti yang baik untuk melepaskan tekanan daripada rutin harian, seperti sekolah dan kelas tambahan. Apabila kanak-kanak terlibat dalam hobi yang disukainya, mereka dapat merehatkan minda dan tubuh mereka.
     
  • Meningkatkan kemahiran kognitif 
    Kita memberi lebih tumpuan kepada aktiviti yang kita suka lakukan. Kanak-kanak umumnya mempunyai jangka masa yang lebih pendek untuk memberi perhatian, jadi mempunyai hobi melatih mereka untuk memberi lebih tumpuan. Ini dapat meningkatkan kemahiran kognitif mereka seperti pemikiran, penyelesaian masalah dan kemahiran analisis.
     
  • Melatih disiplin diri, kesabaran dan kecekapan
    Apabila kita terlibat dalam aktiviti yang disukai, kita biasanya ingin menjadi yang terbaik. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sukakan aktiviti membina blok bangunan akan menghabiskan banyak masa untuk mencuba dan memperbaiki kesilapan untuk melengkapkan struktur tertentu. Dengan bimbingan yang betul daripada ibu bapa, cabaran ini akan melatih mereka untuk membangunkan disiplin diri, kesabaran dan kecekapan.
     
  • Memupuk kreativiti
    self-explore
    Kebanyakan kita menceburi hobi yang memanfaatkan kreativiti kita. Kreativiti menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka, melihat perkara dari sudut yang berbeza, berfikir secara kreatif dan juga boleh mendorong mereka sebagai pencetus inovasi.
     
  • Membina kemahiran sosial dan keyakinan diri 
    Hobi yang melibatkan penyertaan kumpulan seperti sukan dan perkhemahan sangat bagus dalam membina kemahiran sosial dan harga diri kanak-kanak. Mereka akan belajar mendengar dan berkomunikasi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama. Aktiviti berkumpulan juga membantu mengembangkan rasa empati, belas kasihan dan kerja berpasukan.
     
  • Meningkatkan kesihatan fizikal 
    Mengambil bahagian dalam aktiviti luar adalah cara terbaik untuk kanak-kanak mendapatkan senaman yang mereka perlukan. Penyertaan secara kerap dalam aktiviti ini akan membantu mereka membina tubuh yang lebih kuat dan sihat.
     
  • Meningkatkan kesihatan emosi
    Mengejar cita-cita membantu kita meningkatkan keyakinan dan memberi kita rasa gembira, kepuasan dan mengecapi kejayaan. Kanak -kanak yang meluangkan masa melakukan perkara yang mereka suka cenderung untuk lebih tenang dan ceria, yang benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan emosi mereka.
     
  • Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan
    mom-son-explore
    Selain belajar di sekolah, hobi adalah cara yang sesuai untuk kanak-kanak mencari kemahiran dan pengetahuan baharu. Malah, ada anak -anak yang menjadi kreatif setelah terlibat dalam minat mereka, dengan bimbingan dan sokongan yang tepat dari ibu bapa mereka.
     
  • Menghilangkan kebosanan
    Tidak mengapa jika sekali-sekala kanak-kanak berasa bosan, tetapi jika dibiarkan terlalu lama ia boleh membuatkan mereka gelisah dan merengus! Berikan mereka platfrom untuk menyalurkan tenaga dengan sewajarnya dengan melibatkan diri dalam hobi yang menyeronokkan.
     
  • Mendidik Pengurusan Masa
    Mempunyai hobi dapat mengajar kanak-kanak untuk membahagikan masa mereka dengan sewajarnya antara masa belajar, bermain dan berehat. Bimbing anak anda untuk menguruskan masa dengan bijak supaya mereka dapat melakukan apa yang disukai dalam jadual seharian.


Tetapi bagaimana jika anak anda belum lagi menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti? Ok, di sini ada cara untuk ibu bapa memulakannya!

 

5 Tip Untuk Membantu Kanak-kanak Memilih Hobi

Kajian terbaharu telah menunjukkan bahawa genetik dan keturunan mempunyai pengaruh terhadap kebolehan dan bakat kanak-kanak.1 Ini terbukti mengapa kita sering melihat keluarga doktor, pemuzik dan pelakon, sebagai contoh.Walaupun seorang kanak-kanak mungkin mewarisi bakat tertentu daripada ibu bapanya, bakat tersebut masih perlu dikembangkan dan diasah, jika tidak, ia akan menjadi sia-sia.

father-son-play-guitar

Tapi, jangan risau jika anak anda tidak menyukai perkara sama yang anda lakukan. Semua orang adalah berbeza! Kanak-kanak secara semula jadinya suka menerokai sesuatu yang baharu. Mereka belajar perkara secara spontan dan mudah pada usia kanak-kanak mereka, jadi biarkan mereka menerokai penemuan baharu dengan cara mereka sendiri.

Berikut adalah 5 tip yang boleh anda lakukan untuk membantu anak-anak anda memilih hobi yang mereka suka:

  • Perhatikan minat mereka
    Perhatikan apa yang mereka suka menonton terutamanya di TV dan YouTube. Adakah mereka suka menonton sukan, seni dan kraf, muzik, anime dan lain-lain? Ketahui juga bagaimana mereka bermain di taman permainan dan dengan rakan-rakan mereka. Sekiranya seorang kanak-kanak suka bergayut pada palang misalnya, dia juga mungkin ingin mencuba gimnastik artistik atau memanjat batu sebagai hobi yang menyeronokkan.
     
  • Terokai perkara/aktiviti baharu 
    Galakkan kanak-kanak untuk mencuba perkara baharu dengan kerap. Daftarkannya untuk kelas percubaan juga merupakan idea yang baik. Tetapi ingatlah jangan sampai membebankan mereka! Yang terbaik ialah mencuba satu atau dua perkara pada satu masa. Kebanyakan kanak-kanak cukup bijak mengetahui apa yang mereka suka dan tidak suka, jadi beri mereka ruang untuk meneroka pilihan mereka.
     
  • Senaraikan minat mereka 
    list-interest

    Duduk bersama dengan anak anda dan senaraikan perkara yang mereka suka lakukan. Kemudian tanyakan mereka mana yang mereka ingin cuba terlebih dahulu. Sertai mereka dalam "mencari hobi" dan jika pilihan pertama tidak berjaya, jangan kecewa, anda hanya perlu beralih ke minat yang seterusnya. Terus berikan galakan dan kekal positif.
     
  • Bantu mereka belajar
    Mencuba hobi baharu adalah sama seperti belajar subjek baharu di sekolah. Aktiviti baharu boleh menjadi terlalu menggembirakan atau mengecewakan kanak-kanak. Bantu anak anda belajar tentang hobi baharu mereka dengan turut melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bimbing mereka supaya sentiasa mempunyai keyakinan untuk terus mencuba.
     
  • Yakini mereka
    Anda sedang membantu anak anda mencari minat mereka, bukan minat anda. Oleh itu, walaupun anda fikir anda tahu apa yang terbaik untuk anak anda, cuba dengar suara mereka dan biarkan untuk memilih sesuatu yang menggembirakan mereka. Kanak-kanak mampu berkembang maju dalam persekitaran yang menyokong, jadi biarkan mereka menunjukkan haluan dan ceriakan mereka! 


Setelah anak anda memilih hobi mereka, anda akan melihat sejauh mana mereka sebenarnya boleh menerima pengetahuan dan maklumat baharu. Ini kerana melibatkan diri dalam hobi juga diketahui memberi kesan positif kepada pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Ia merangsang minda mereka dan memastikan naluri ingin tahu mereka terus berkembang, justeru bantu mereka mengikuti pembelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan.

 

Kepentingan Pemakanan dalam Pengalaman Pembelajaran Kanak-kanak

Adalah penting untuk memberi perhatian bahawa kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan minda dan tubuh yang sihat untuk berkembang maju dalam pelajaran dan menikmati hobi dan aktiviti lain mereka. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan sihat boleh memberi kesan positif kepada potensi pembelajaran kanak-kanak.2

Kanak-kanak di peringkat awal usia mengalami perkembangan otak yang pesat (yang merupakan asas kepada pembelajaran masa depan, kesihatan dan kejayaan mereka), sehingga mereka berusia 8 tahun3, jadi, inilah masanya untuk para ibu memberikan mereka khasiat dengan nutrien yang tepat untuk menyokong fungsi otak. Bekalkan anak anda dengan diet harian yang sihat dan seimbang, dan tambah dengan nutrien penting untuk perkembangan otak seperti sfingomielin dan DHA.


Sfingomielin ialah fosfolipid yang merupakan komponen penting dalam sarung mielin.4

 

neuron brain


Sarung mielin tercipta apabila bahan yang dipanggil mielin (terhasil daripada lipid lemak dan protein) menyaluti gentian saraf, yang merupakan tempat mesej dihantar antara neuron. Proses ini dipanggil mielinsasi.4Sfingomielin adalah penting untuk proses mielinisasi dan menyokong pembelajaran kanak-kanak.5-7

Manfaat sfingomielin:

brain-development


Sokongan pemakanan yang tepat membolehkan kanak-kanak menikmati pembelajaran dan meneroka minat mereka dengan lebih lagi! Berikan anak anda kebaikan daripada Sfingomielin, DHA, 2’-FL dan oligofruktosa untuk menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.


Teruja untuk mula menerokai potensi hobi bersama Si Manja anda? Biarkan mereka melangkah ke dunia penuh pontensi dengan memberi mereka permulaan yang hebat dalam kehidupan hari ini!

 

Think-Quick-Learn-Fast

S-26 GOLD PROGRESS kini dirumus dengan bahan-bahan inovatif untuk menyediakan susu tepung rumusan yang termaju untuk kanak-kanak

 

nutrilearn-system

NUTRILEARN SYSTEM™ adalah gabungan saintifik nutrien yang direka untuk memastikan kecemerlangan kanak-kanak, memberikan mereka nutrien yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran & perkembangan pertumbuhan secara keseluruhan.

Cubalah S-26 Gold Progress (untuk usia 1-3 tahun) harini!

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

 

s26-gold-progress-free-sample.png

 

Rujukan:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4006996/
  2. https://www.bda.uk.com/resource/diet-behaviour-and-learning-children.html
  3. https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/early-brain-development.html
  4. Salzer JL, Zalc B.Curr Biol. 2016;26:R971-R975.
  5. Henríquez-Henríquez MP, Solari S, Quiroga T, Kim BI, Deckelbaum RJ,
  6. Quarles RH, Macklin WB, Morell. American Society for Neurochemistry 2006:p.51- 71.
  7. Martínez M, Mougan I. J Neurochem. 1998;71(6):2528-33.
  8. https://www.creativechild.com/articles/view/the-benefits-of-hobbies-for- children-and-where-to-begin#page_title