Keselamatan di rumah

Keselamatan di rumah

Belajar menjadi ibu bapa yang tenang jika anak anda bergerak di dalam rumah tanpa membahayakan diri sendiri atau barang-barang. Ketahui langkah atau petua rumah yang selamat.

4 min dibaca

Jika anda kerap meninggalkannya di kepungan mainan kerana memikirkan ia selamat, ia tidak baik untuk perkembangannya.

Bukankah paling selamat jika saya membiarkan anak saya bermain di dalam   kepungan mainan untuk menghabiskan masanya?

Walaupun agak bijak untuk meninggalkannya di satu tempat yang selamat, jika anda kerap melakukannya, ia tidak baik untuk perkembangannya. Jika anda sentiasa menghalang naluri ingin tahunya, dia akan hilang minat untuk belajar dan menerokai.

Anda juga belajar menjadi ibu bapa yang tenang jika anak anda bergerak di dalam rumah tanpa membahayakan diri sendiri atau barang-barang di rumah.

Bagaimanakah untuk mewujudkan keadaan rumah yang selamat untuk anak saya?

Berikut adalah beberapa petua:

  • Pasangkan pagar keselamatan anak untuk mengepungnya di dalam bilik atau kawasan agar mudah untuk dipantau sambil menjalankan tugas-tugas anda.
  • Jauhi semua objek tajam dan yang boleh menyebabkan tercekik agar tidak dapat dicapai oleh anak-anak. Ini termasuk duit syiling, butang, gunting, klip kertas, manik, kaca, pisau cukur, pin, skru dan paku.
  • Hapuskan semua capaian kepada perkakas kecil, alat berkuasa tinggi, pisau, cat, mancis, alkohol, gasolin dan minyak tanah. Elakkan menyimpan senapang di dalam rumah, jika anda memerlukannya, simpanlah tanpa peluru dan di tempat berkunci.
  • Pasangkan kunci untuk kabinet dan laci yang boleh dicapai anak jika ia mengandungi objek untuk dikendalikan orang dewasa sahaja.
  • Cabut palam perkakas elektrik jika tidak digunakan. Jauhi wayar elektrik daripada kanak-kanak dan tutup salur keluar elektrik.
  • Apabila memasak, pastikan yang pemegang kuali tidak terkeluar dari bahagian atas dapur. Pastikan anak jauh dari tempat anda membuka pintu ketuhar dan apabila anda mengendalikan makanan dan minuman yang panas. Jika boleh, matikan suis dapur apabila tidak digunakan untuk mencegah anak daripada menghidupkan dapur.
  • Jauhi semua bahan pencuci daripada dicapai anak atau simpan semua bahan pencuci di dalam kabinet berkunci. Anda juga perlu menyimpan semua sabun, syampu, barangan kosmetik dan ubat-ubatan.
  • Ikat semua tali pengikat langsir di tempat penyangkut dinding yang tidak dapat dicapai anak. Anda juga hendaklah mengalihkan sebarang mainan yang mudah bergerak, mainan bergantung dan gim buaian dari tempat tidurnya jika anda belum berbuat demikian.
  • Pasangkan mana-mana tingkap yang terbuka dengan penghalang agar anak anda tidak memanjat keluar. Jauhi kerusi dan meja dari tingkap supaya anak anda tidak mudah untuk memanjatnya.
  • Jangan sekali-kali meletakkan baldi atau bekas lain yang mengandungi air walaupun sedikit. Anak kecil boleh lemas walaupun di dalam air yang sedikit.
  • Jangan biarkan beg plastik bersepah-sepah di rumah. Kanak-kanak boleh menyarungnya di kepala dan lemas.
  • Uji kestabilan perabot yang tinggi di dalam rumah. Jika ia tidak stabil apabila ditarik, kukuhkannya ke dinding atau letakkannya di belakang perabot yang lain.
  • Pasangkan pagar atau penghalang lain di tempat main di luar rumah anda. Jika anda mempunyai peralatan mainan di luar, pastikan pasir, serpih kayu atau bahan lembut lain dipasangkan di bahagian bawah untuk memberikan impak pendaratan yang lembut jika terjatuh.
  • Pastikan anda mempunyai alat pertolongan cemas yang lengkap.
  • Simpan nombor telefon jabatan polis, jabatan bomba dan pusat kawalan racun berdekatan dengan telefon.