Terapkan nilai yang wajar dalam anak anda dari awal lagi.
Tetapkan nilai yang wajar dalam anak anda dari awal lagi
Setiap interaksi dengan anak anda akan menyediakan peluang untuk mengajarnya tentang nilai-nilai murni. Oleh itu, jadikan panduan berikut untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak anda.
1. Interaksi harian. Apabila kita memikirkan tentang mengajar nilai murni kepada anak-anak, kita selalu memikirkan tentang membawa mereka ke tempat ibadat, mengajar mereka tentang berkongsi atau menggalakkan mereka untuk bersedekah semasa musim perayaan. Kita mungkin juga menyampaikan ilmu apabila kita bercakap, contohnya 'Tolong' dan 'Terima Kasih' apabila meminta mereka melakukan sesuatu.
2. Tabiat kita. Kanak-kanak biasanya mengikut tabiat orang dewasa dan adik-beradik yang lebih tua dan mencontohinya. Contohnya, jika anda mahu anak anda mencintai alam, tunjukkannya cara untuk mengitar semula dengan mengasingkan sampah sewajarnya.
3. Aktiviti bersama keluarga. Jalankan aktiviti bersama sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti duduk dan bercerita tentang perkara yang disukai tentang keluarga anda, bermain permainan, menyanyi atau melakukan aktiviti seni dan kraf. Aktiviti ini akan memberikan gambaran bahawa keluarga adalah satu keutamaan kepada anak anda.
4. Pendedahan kepada dunia yang lebih luas. Kanak-kanak menyerap nilai murni dan norma kemasyarakatan melalui rakan, keluarga, buku, TV dan pengalaman yang mereka dapati daripada komuniti. Jadi pastikan anda memilih program TV dan bahan bacaan yang sesuai untuk ditonton dan dibaca anak anda.
5. Penjelasan kita tentang dunia luar. Kita tidak selalunya boleh mengawal persekitaran anak kita. Kita mungkin boleh memilih kedai runcit yang tertentu, tetapi kita tidak boleh mengawal pengunjung kedai berkenaan. Anak kita mungkin melihat atau mendengar perkara yang tidak patut mereka lihat atau dengar. Tetapi pada hakikatnya kita ada bersama mereka atau apabila mereka kembali ke rumah dan menceritakannya kepada kita, kita berpeluang untuk berkongsi pandangan dari perspektif kita tentang apa yang berlaku.
Kandungan yang disyorkan

Bila Si Kecil Mula Bertanya: Bunga dan Burung
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/bila-si-kecil-mula-bertanya-bunga-dan-burung

Mengapa Waktu Tidur Satu Waktu Yang Sukar?
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/mengapa-waktu-tidur-satu-waktu-yang-sukar

Persaingan adik-beradik
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/persaingan-adik-beradik

Memupuk Kebolehan Anak Anda Belajar
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/anak-kecil/memupuk-kebolehan-anak-anda-belajar

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/bersedia-untuk-ke-taman-asuhan-atau-tadika

Menetapkan nilai yang wajar
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/menetapkan-nilai-yang-wajar

Petua makan untuk si kecil
-
Salin pautan
https://www.wyethnutrition.com.my/ms/toddlerhood/petua-makan-untuk-si-kecil