13-fun-and-effective-goal-setting-activities-for-kids-to-sharpen-their-learning-abilities

13 Aktiviti Mencapai Matlamat Yang Menarik dan Berkesan Untuk Menajamkan Kemahiran Pembelajaran Si Manja

Keupayaan Si Manja untuk menetapkan dan mencapai matlamat mereka akan menentukan pengalaman pembelajaran mereka di sekolah. Mengajar Si Manja aktiviti mencapai matlamat yang berkesan akan membantu mereka untuk meningkatkan prestasi dengan lebih baik berbanding rakan sebaya yang lain kerana mereka berupaya untuk mengutamakan tugas yang penting.

headphones

PLAYING: 13 Fun and Effective Goal Setting Activities for Kids to Sharpen their Learning Abilities

11 min read

Mengajar Si Manja aktiviti mencapai matlamat yang berkesan akan membantu mereka untuk meningkatkan prestasi dengan lebih baik berbanding rakan sebaya yang lain kerana mereka berupaya untuk mengutamakan tugas yang penting.

Dalam penantian untuk melihat Si Manja berjaya di dalam hidup, kita sering memberi perhatian terhadap perkara yang ‘utama’: memberi pembelajaran yang baik, makanan yang sihat dan kasih sayang di rumah. Akan tetapi, kita lupa untuk mengajar mereka tentang satu perkara yang penting untuk berjaya: bagaimana ingin mencapai matlamat.

 

Mengetahui cara-cara untuk mencapai matlamat menjadikan Si Manja lebih berdikari dan berkeyakinan dengan kebolehan mereka. Hal ini dapat mengajar mereka tentang motivasi kendiri. Di samping itu, ia dapat menanamkan kualiti yang baik seperti komitmen, kesabaran dan kepentingan mengurus masa. Ini adalah sifat yang akan menjadikan Si Manja dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dalam masyarakat pada masa kini dan hadapan. Sifat-sifat ini dapat membantu mereka untuk membina hubungan yang rapat dengan orang sekeliling, terutamanya keluarga dan masyarakat.

 

Mencapai matlamat dapat membantu Si Manja dari segi akademik. Kajian menunjukkan hubungan yang positif antara pencapaian matlamat dan kejayaan murid. Maka, tidak hairanlah jika pencapaian matlamat dapat membantu Si Manja mewujudkan tabiat sepanjang hayat untuk berjaya.

 

Akan tetapi, mencapai sesuatu matlamat itu tidak datang dengan sendirinya kepada Si Manja. Ianya berada di tangan anda sebagai ibu bapa untuk mengajar Si Manja tentang kemahiran hidup yang penting ini.

 

Matlamat dapat dicapai dengan baik apabila ianya jelas, realistik dan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Berikan Si Manja kebebasan untuk memilih impian mereka sendiri dan ceritakan tentang realiti dan cabaran yang mungkin menanti. Ajarlah Si Manja untuk mulakan dengan langkah yang kecil dan lama kelamaan matlamat itu dapat menjadi matlamat yang besar. Selain itu, sentiasa berikan mereka sokongan walaupun mereka gagal.

 

Mencapai matlamat tidak semestinya harus melalui perkara yang membosankan! Berikut merupakan cara untuk mencapai matlamat dengan seronok untuk Si Manja.

 

13 Permainan Mencapai Matlamat Yang Menarik Untuk Si Manja

Mencapai matlamat di rumah adalah aktiviti yang terbaik untuk Si Manja yang berusia seawal satu hingga tujuh tahun, iaitu fasa yang penting semasa tumbesaran mereka di mana mereka belajar dengan lebih cepat ketika usia ini.

 

Untuk anak kecil (usia 1-3 tahun):

 

  1. Menyusun permainan. Matlamat dapat dicapai walaupun di usia yang kecil. Permainan yang menyeronokkan dapat dilakukan apabila anda meminta mereka untuk menyusun blok mengikut warna atau membiarkan mereka menyusun gelung dengan sendiri. Untuk anak yang lebih besar, tetapkan masa untuk mereka: “Bila jarum besar jam tunjuk ke arah 6, bina menara yang paling tinggi di dunia!”. Ini dapat memupuk keyakinan dalam diri Si Manja dan mengajar mereka untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi. Raikan kejayaan mereka dengan memberikan pujian!
  2. Atasi ketakutan di taman permainan. Anak kecil amat sukakan taman permainan tetapi selalu perlu mengatasi ketakutan untuk bermain dengan alatan. Sebagai contoh, Si Manja mungkin ingin bermain gelongsor tetapi berasa takut. Gunakan peluang ini untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat: “Mula-mula, naik tangga selangkah demi selangkah. Kemudian, duduk di atas gelongsor dan turun ke bawah. Ianya seronok, Ibu akan berada di bawah untuk menangkap kamu!”. Di sini, anda telah mengajar Si Manja untuk menyelesaikan masalah dengan membantu mereka. Tetapi, Si Manja perlu menyelesaikannya sendiri (mengatasi ketakutan) untuk mencapai matlamat mereka (berseronok dengan gelongsor). Semakin banyak aktiviti yang Si Manja lakukan sendiri, semakin banyak mereka membina keyakinan diri dan keupayaan untuk berfikir.
     little-boy-climbing-on-the-rope-at-playground
  3. Memijak bentuk. Potong bentuk yang berwarna-warni dan lekatkannya di lantai. Beritahu Si Manja yang berusia 2 tahun untuk pijak dari satu bentuk ke bentuk yang lain (pastikan memilih bentuk yang berbeza dari Titik A ke Titik B) tanpa memijak lantai. Aktiviti ini mengajar Si Manja cara untuk menyusun strategi. Sokonglah mereka sepanjang permainan dan pastikan untuk memuji sehingga Si Manja berjaya ke Titik B!
  4. Susun kepingan puzzle bersama. Duduk di atas lantai bersama Si Manja dan pecahkan kepingan puzzle yang ringkas! Bermain dengan puzzle dapat membantu Si Manja melihat matlamat yang kecil (menyusun di bahagian tepi dahulu, atau mengasingkan kepingan mengikut warna dan seterusnya melekatkan kepingan bersama) dapat membantu mereka untuk membina kejayaan yang besar (kepingan puzzle yang siap dilekat).
     indian-small-kids-playing-colourful-block-toys-with-young-parents-against-white-background
  5. Bermain permainan menyiapkan diri. Jadikan persiapan diri perkara yang seronok, iaitu permainan mencapai matlamat untuk anak kecil dan pra-sekolah dengan memberikan “mata ganjaran” pada setiap aktiviti: bagaimana mereka memberus gigi dengan baik, menyikat rambut dan memakai baju tidur. Anda perlu mengajar mereka cara terlebih dahulu dan biarkan mereka lakukan dan belajar dengan sendiri.

 

Untuk anak pra-sekolah (usia 3-5 tahun):

 

  1. Membuat senarai bersama keluarga. Matlamat dapat memotivasikan Si Manja apabila mengetahui mereka tidak keseorangan untuk membuat dan mencapainya. Berkumpul bersama-sama ahli keluarga dan fikirkan senarai tentang pengalaman, matlamat dan impian. Tetapkan tugasan kepada setiap ahli keluarga untuk mencapai matlamat ini. Pada akhir tahun, lihat semula kejayaan ahli keluarga. Ini merupakan masa yang sesuai untuk berbincang perbezaan jangkamasa pendek dan panjang, dan apa yang boleh dilakukan sebagi keluarga untuk menepatinya.
     asian-kids-writing
  2. Senaraikan “3 Bintang dan satu Impian”. Tanyakan kepada Si Manja 3 perkara yang mereka banggakan, seperti menjadi kawan yang baik, dapat mengira sehingga 20 atau dapat mengeja nama mereka. Kemudian, tanyakan tentang perkara yang mereka ingin lakukan seperti mengikat tali kasut sendiri ataupun menyanyi lagu Negaraku. Senaraikannya dan bincangkan langkah untuk menjadikan impiannya satu kenyataan. Bina senarai yang baru pada setiap minggu dan pastikan anda gariskan kejayaan Si Manja. Berikan Si Manja ganjaran dengan pelekat atau hadiah kegemaran mereka untuk setiap impian yang menjadi kenyataan!
  3. Mementingkan setiap tindakan. Mencapai sesuatu matlamat dapat mengajar Si Manja untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab atas tindakan mereka. Pilihan mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dapat menjadikan mereka semakin mendekat atau menjauh daripada matlamat. Berikan Si Manja mengisi kertas kerja “Tindakan Saya Memberi Impak” dan senaraikan satu tindakan (“Saya akan mendengar cakap guru saya”) dan tuliskan perkara yang positif dan negatif untuk tindakan tersebut. Ini dapat membantu mereka untuk memilih “tindakan yang baik” pada masa hadapan!
  4. Membuat papan misi “Jika saya boleh belajar apa sahaja”. Ambil gunting dan gam, seterusnya cetak seberapa banyak aktiviti yang Si Manja ingin pelajari. Lekatkan pada papan ilustrasi dan biarkan Si Manja menghiasnya dengan pelekat dan hiasan. Kemudian, senaraikan perkara yang mereka perlu lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Pupuklah anak anda untuk berfikir di luar kotak kerana walaupun ramai orang bermain bola, itu tidak bermakna anak anda perlu menjadi Ronaldo yang seterusnya. Minta kepada mereka untuk berfikir tentang aktiviti yang mereka ingin lakukan walaupun mereka tidak mampu. Ia boleh menjadi apa sahaja, kerana itulah ia dinamakan “Jika saya boleh belajar apa sahaja”!

 

Untuk anak sekolah rendah (usia 6-7 tahun):

 

  1. Bina tangga matlamat. Adakah Si Manja yang berusia lima tahun mempunyai cita-cita untuk menjadi seperti Serena Williams atau Mark Zuckerberg? Tangga matlamat mungkin membantu Si Manja mencapainya. Lukis tangga dan senaraikan matlamat yang paling besar di atas sekali. Kemudian, senaraikan aktiviti yang berbeza yang perlu mereka lakukan (seperti menghadiri latihan, makan dengan sihat) supaya mereka mempunyai impian yang realistik. Ini dapat membantu matlamat jangkamasa panjang, jadi Si Manja dapat melihat matlamat yang kecil untuk mereka capai untuk seterusnya mencapai matlamat yang lebih besar sebagai hadiah utama!
     islamic-banking-concept-southeast-asian-family-counting-money-at-home-little-malay-girl-and-parents
  2. Selesaikan putaran roda. Bina “roda impian” dengan melukis bulatan yang besar dan bahagikan seperti pizza. Senaraikan kategori yang penting pada setiap bahagian seperti “rumah, sekolah, keluarga”. Fikirkan dengan Si Manja tentang matlamat yang ingin dicapai dalam setiap kategori (sebagai contoh, “membersihkan bilik saya,” atau “menulis tulisan berangkai”). Bincangkan dengan Si Manja bagaimana mereka akan mencapai kesemua matlamat tersebut.
  3. Membuat Carta Tugasan. Carta tugasan ialah senarai tugasan setiap ahli keluarga dalam seminggu. Ianya merupakan perkara yang mudah untuk mencapai matlamat. Untuk mendapatkan ganjaran yang istimewa, ahli keluarga hendaklah menyelesaikan tugasan di rumah. Jadikan ia perkara yang seronok buat Si Manja dengan memberi pelekat, snek atau berkunjung ke restoran kegemaran mereka.
     happy-family-cleans-the-living-room-mother-and-daughter-do-the-cleaning-in-the-house-a-young-woman
  4. Kongsi matlamat anda. Ingatlah, Si Manja dipengaruhi sepenuhnya oleh tindakan anda. Melihat anda mempunyai matlamat dapat membantu mereka untuk mempunyai matlamat sendiri. Makan bersama-sama mereka dan kongsikan matlamat kendiri anda, langkah yang anda pilih dan kesusahan anda untuk mencapainya. Berbuat demikian dapat mengajar mereka sedikit sebanyak untuk menyusun strategi.

 

Mendorong Si Manja bersama-sama dalam perjalanan untuk berjaya dapat memupuk sifat luar biasa dalam diri mereka. Cubalah permainan mencapai matlamat yang menyeronokkan mulai hari ini, ibu dan ayah.

 

Rujukan: