Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Bersedia untuk ke Taman Asuhan atau Tadika

Kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Ketahui bagaimana untuk atasinya di dalam artikel ini.

headphones

PLAYING: Getting Ready for Nursery or Kindie

4 min read

Rasa takut dan bimbang kerana menghantar anak anda ke taman asuhan atau tadika.

Membuat Persediaan untuk Anak anda ke Taman Asuhan atau Tadika

Bagi sesetengah individu, pengalaman ini sangat mendebarkan. Banyak sebab yang menjadi puncanya. Antaranya adalah rasa takut dan bimbang kerana meninggalkan anak anda di tempat yang asing baginya serta rasa bersalah yang dialami kerana menghantar anak pada usia semuda itu ke taman asuhan atau tadika.

Tetapi kita perlu menjadi lebih praktikal dan mencari jalan untuk memudahkan anda dan juga si comel anda. Perkara berikut boleh membantu anda tetapi ingatlah tiada penyelesaian yang sempurna untuk situasi ini. Jadi lakukan yang terbaik dan yakinlah dengan diri bahawa semuanya akan berakhir dengan baik.

  • Kunjungi taman asuhan atau tadika sebelum hari pertama untuk membiasakan anak anda dengan persekitaran dan juga untuk memerhatikan kelas yang sedang berjalan.
  • Biarkan anak anda bermesra dengan rakan sebaya yang telah pun bermula agar mereka lebih gembira dan teruja.
  • Lakukan aktiviti yang terdapat di sana seperti bermain permainan yang menyeronokkan, bertemu rakan baharu, belajar perkara baharu dan pelbagai aktiviti lain.
  • Mulakan rutin di rumah yang dapat membantu anak anda menyesuaikan dirinya apabila mula ke tadika. Anda boleh bercerita tentang aktiviti seharian di tadika dan proses yang terlibat. Contohnya, lihat jadual harian, dari bangun tidur dan bersedia ke sekolah hinggalah mereka pulang dan tidur sekejap. Jangan lupa untuk mencuba dan memastikan anak anda boleh menggunakan bekas tandas kerana ini dapat membantunya berdikari (atau lebih matang) dan selesa.
  • Banyak kebolehan lain yang sangat bermanfaat seperti belajar mengikat tali kasut sendiri, mengamalkan masa rehat dan makan tengah hari mengikut waktu tadika dan berkenalan sesama sendiri dengan mengamalkan kemahiran sosial terutamanya jika dia anak tunggal.

Perkara di atas adalah kemahiran asas dan banyak lagi yang terbukti bermanfaat kepada mereka. Pastikan anda menggalakkan anak anda bercerita dengan anda dan jangan berikan tekanan kepada mereka. Anda mungkin berasa sukar untuk melepaskan anak anda, anak anda juga sukar untuk melepaskan ibu mereka.

 

Penafian: Kandungan ini dikongsi sebagai bahan untuk maklumat sahaja dan bukan sebagai penggantian untuk nasihat pakar/perubatan, diagnosis atau rawatan. Anda dinasihati supaya sentiasa dapatkan nasihat profesional kesihatan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keadaan perubatan/situasi khusus.

Kandungan yang disyorkan

Menetapkan nilai yang wajar

Menetapkan nilai yang wajar

Bila anda ingin mengajar anak tentang nilai murni, interaksi bersama mereka penting untuk mewujudkan peluang tersebut. Ketahui bagaimana untuk melakukannya di dalam artikel ini.

Petua makan untuk si kecil

Petua makan untuk si kecil

Semakin anak membesar, keperluan nutrisi juga akan berubah. Ketahui beberapa petua untuk memperkenalkan makanan baharu kepada anak anda dalam artikel ini.

Keselamatan di rumah

Keselamatan di rumah

Belajar menjadi ibu bapa yang tenang jika anak anda bergerak di dalam rumah tanpa membahayakan diri sendiri atau barang-barang. Ketahui langkah atau petua rumah yang selamat.

Waktu tidur

Waktu tidur

Tidur sekejap dapat membawa kepada corak tidur keseluruhan yang baik, oleh itu anak anda tidak menjadi terlalu penat. Dapatkan info bagaimana untuk menggalakkan anak tidur.